Peraturan-peraturan Komuniti

Pengubahsuaian Terakhir: 21 Mei 2018

Peraturan Komuniti ini mengawal penggunaan Perkhidmatan Zynga dan digabungkan dalam Terma Perkhidmatan Zynga. Sekiranya terdapat pertikaian antara Peraturan ini dengan Terma Perkhidmatan, Terma Perkhidmatan akan diberi keutamaan. Terma utama yang digunakan dalam Peraturan ini didefinisikan dalam Terma Perkhidmatan. Sekiranya anda melanggar Peraturan ini, kami mungkin mengambil tindakan terhadap anda atau Akaun anda, termasuk penamatan serta-merta.

1. Patuhi Undang-Undang, Terma Perkhidmatan Zynga, Terma Perkhidmatan Platform dan Peraturan Ini

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan, di bawah sebarang keadaan:

  1. Menggunakan Perkhidmatan ini, dengan sengaja atau tidak sengaja, melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang atau peraturan yang berkaitan, atau dalam cara yang mungkin menyebabkan Zynga melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang atau peraturan, atau dalam cara yang menggalakkan perlanggaran dan kemungkiran sebarang undang-undang atau peraturan yang berkaitan.

  2. Melibatkan diri dalam sebarang tindakan yang Zynga anggap dalam pertimbangan tunggalnya bertentangan dengan semangat atau tujuan Perkhidmatan, termasuk tanpa had memintasi atau memanipulasikan Terma Perkhidmatan, Peraturan Komuniti ini, Terma Utama lain, peraturan permainan, mekanisme permainan, atau polisi Zynga lain.

Anda bersetuju anda akan:

  1. Mematuhi segala terma dan syarat sebarang pembekal platform pihak ketiga yang anda gunakan untuk mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan Zynga, seperti Apple, Google atau Facebook (setiap satu sebuah “Platform”), termasuk tanpa had segala terma yang berkaitan kepada sebarang bayaran yang anda buat melalui sebarang Platform. Sekiranya terdapat pertikaian antara Peraturan ini dengan terma Platform yang berkaitan, terma Platform yang berkaitan akan diberi keutamaan.

2. Penciptaan dan Penggunaan Akaun

Peraturan berikut mengawal penciptaan dan penggunaan Akaun anda:

  1. Anda tidak boleh mempunyai lebih daripada satu Akaun, bagi setiap Platform, pada bila-bila masa; mencipta sesuatu Akaun dengan menggunakan identiti atau maklumat palsu; atau mencipta Akaun bagi pihak individu lain.

  2. Anda tidak boleh menyewa lesen, menyewa, memajak, menjual, mendagangkan, menghadiahkan, mewariskan atau sebaliknya memindahkan Akaun atau sebarang Item Maya yang berkaitan dengan Akaun anda kepada sesiapa yang tidak mempunyai kebenaran secara bertulis daripada Zynga. Sebarang pemindahan sedemikian atau percubaan untuk memindahkan adalah tidak dibenarkan dan tidak sah.

  3. Anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Akaun atau Item Maya yang telah disewa lesen, disewa, dipajak, dijual, didagangkan, dihadiahkan, diwariskan atau sebaliknya dipindahkan daripada pencipta asal Akaun tanpa kebenaran secara bertulis daripada Zynga.

3. Penyalahgunaan Maklumat Peribadi Individu Lain

Anda bersetuju anda tidak akan, di bawah sebarang keadaan:

  1. Mencuba dengan cara yang menyalahi undang-undang untuk memperoleh maklumat log masuk atau mengakses Akaun yang dimiliki oleh pemain lain.

  2. Mencuba untuk mengutip, menyalahgunakan atau menyebar kandungan atau maklumat peribadi yang bukan awam pengguna lain.

  3. Muat naik atau menghantar, atau mencuba memuat naik atau menghantar, tanpa kebenaran secara bertulis daripada Zynga, sebarang perkara yang bertindak sebagai mekanisme pengutipan atau penghantaran maklumat pasif atau aktif, termasuk tanpa had format penukaran grafik (“gifs”) jelas, piksel 1×1, pepijat web, kuki atau peranti lain atau teknologi lain yang serupa (kadang-kadang dirujuk sebagai “perisian intip”,“mekanisme pengutipan pasif” atau “pcms” atau “perisian hasad”).

4. Kandungan Yang Menjijikkan atau Mencabul

Anda bersetuju anda tidak akan, di bawah sebarang keadaan:

  1. Menyiarkan kandungan atau pautan ke kandungan yang bersifat kasar, mengugut, lucah, fitnah atau mengeji; tidak menyenangkan atau bersifat menyerang dari aspek perkauman, seksual, agama; menggalakkan atau mendorong keganasan; atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan.

  2. Menyiarkan kandungan atau pautan ke kandungan yang mengandungi unsur-unsur ketelanjangan, keganasan yang melampau atau hal subjek yang menjijikkan.

  3. Menyiarkan kandungan atau pautan ke kandungan yang melanggar atau mencabul hak intelek individu lain atau hak pemilikan lain atau yang mendedahkan atau membantu pendedahan maklumat sulit individu lain.

  4. Menyiarkan kandungan atau pautan ke kandungan yang mempunyai kandungan berniat jahat, termasuk tanpa had virus, perisian hasad, atau perisian intip.

  5. Mengganggu, menyalah guna atau merosakkan, atau menganjur atau mendorong gangguan, penyalahgunaan, atau kerosakan terhadap kumpulan atau individu lain, termasuk tanpa had kakitangan dan wakil perkhidmatan pengguna Zynga.

  6. Menyamar sebagai individu lain, termasuk tanpa had kakitangan Zynga.

5. Aktiviti Komersial

Anda bersetuju anda tidak akan, di bawah sebarang keadaan:

  1. Menggunakan Perkhidmatan untuk sebarang tujuan komersial yang tidak dibenarkan, termasuk tanpa had (1) memaparkan iklan komersial atau memudah cara transaksi komersial, termasuk tanpa had melakukan penspaman terhadap pemain lain; (2) menawarkan atau mendapatkan Akaun atau Item Maya untuk jualan atau pemindahan; atau (3) mendapatkan derma atau sumbangan untuk sebarang kerja peribadi atau amal.

  2. Menggunakan Perkhidmatan untuk melancarkan perkhidmatan dalam permainan, seperti peningkatan kuasa dan perkhidmatan pengumpulan bahan, untuk pertukaran dalam bentuk bayaran di luar Perkhidmatan.

6. Penggunaan atau Penyambungan yang tidak dibenarkan ke Perkhidmatan

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan, di bawah sebarang keadaan:

  1. Mereka bentuk, mengguna, mengedar atau menjual perisian untuk penipuan, eksploitasi, automasi, bot, godaman, mod atau sebarang perisian pihak ketiga yang tidak dibenarkan atau perisian lain yang direka bentuk untuk mengubah suai atau mengganggu Perkhidmatan atau sebarang pengalaman permainan Zynga.

  2. Menubuhkan, melancarkan, membantu, menggalakkan atau terlibat dalam sebarang jenis serangan terhadap Perkhidmatan, termasuk tanpa had pengedaran perisian hasad, membuat serangan penafian perkhidmatan atau cubaan lain untuk mengganggu Perkhidmatan atau penggunaan serta keseronokan individu lain dalam menggunakan Perkhidmatan.

  3. Mencuba untuk mendapat akses tanpa kebenaran ke Perkhidmatan, Akaun yang didaftarkan pada individu lain, atau ke sebarang komputer atau pelayan yang digunakan untuk menawarkan atau menyokong Perkhidmatan atau sebarang persekitaran permainan Zynga atau rangkaian yang dihubungkan kepada Perkhidmatan dalam sebarang kaedah selain daripada antara muka pengguna yang disediakan oleh Zynga, termasuk tanpa had dengan memintasi atau mengubah suai atau menyebabkan pengubahsuaian, mencuba untuk memintasi atau mengubah suai, atau menggalakkan atau membantu individu lain untuk memintasi atau mengubah suai, sebarang keselamatan, teknologi, peranti, fail atau perisian yang menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan.

  4. Mengguna, memudah cara, mencipta atau menyelenggara sebarang sambungan yang tidak dibenarkan kepada Perkhidmatan, termasuk tanpa had (1) sebarang sambungan kepada sebarang pelayan yang tidak dibenarkan yang meniru atau cuba meniru sebarang bahagian Perkhidmatan; atau (2) sebarang sambungan yang menggunakan program, alatan atau perisian yang tidak dibenarkan secara nyata oleh Zynga.

  5. Menggunakan sebarang perisian pihak ketiga atau perisian lain yang tidak dibenarkan yang mengakses, memintas, “melombong” atau sebaliknya mengumpulkan maklumat daripada atau melalui Perkidmatan atau yang berada dalam perpindahan daripada atau ke Perkhidmatan, termasuk tanpa had sebarang perisian yang membaca kawasan RAM atau aliran rangkaian trafik yang digunakan oleh Perkhidmatan untuk menyimpan maklumat tentang watak, elemen atau persekitaran permainan Zynga. Zynga mungkin, atas budi bicara tunggal dan mutlaknya, membenarkan sesetengah penggunaan antara muka pengguna pihak ketiga.

  6. Memintas, memeriksa atau sebaliknya memerhati sebarang protokol komunikasi hak milik yang digunakan oleh pelanggan, pelayan atau Perkhidmatan, sama ada melalui penggunaan penganalisis rangkaian, penghidu paket, atau peralatan lain.

  7. Membuat sebarang penggunaan secara automatik Perkhidmatan atau mengambil tindakan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan (atas budi bicara tunggal kami) muatan besar yang tidak wajar atau tidak setimpal pada infrastruktur kami.

  8. Melangkau sebarang penandukan pengecualian robot atau tindakan lain yang kami gunakan untuk mengehadkan akses kepada Perkhidmatan atau menggunakan sebarang perisian, teknologi atau peranti untuk menghantar kandungan atau mesej, geseran, lelabah atau merangkak Perkhidmatan atau menuai atau memanipulasikan data.

  9. Mengganggu atau cuba mengganggu kelancaran fungsi Perkhidmatan atau menyambung ke atau menggunakan Perkhidmatan dengan sebarang cara yang tidak dibenarkan oleh Terma Perkhidmatan, Terma Utama atau Peraturan ini, termasuk tanpa had mengganggu, membebankan atau membantu dalam mengganggu atau membebankan Perkhidmatan.

  10. Menyalahgunakan perkhidmatan sokongan pengguna Zynga, termasuk menyerah laporan penyalahgunaan yang palsu atau menggunakan bahasa lucah atau kesat dalam komunikasi dengan kakitangan sokongan kami.

  11. Melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang atau lesen sumber terbuka yang berkaitan, mengubah suai, menterbalik atur, menyusun semula, membongkar, mentafsir atau sebaliknya mencuba untuk memperoleh kod sumber daripada kami atau untuk memperoleh sebarang maklumat daripada Perkhidmatan dengan menggunakan sebarang kaedah yang tidak dibenarkan secara nyata oleh Zynga.

  12. Menyalin, mengubah suai atau mengedar kandungan daripada sebarang permainan, tapak atau Perkhidmatan atau kandungan Zynga yang dilindungi oleh hak cipta Zynga, tanda dagangan atau hak harta intelek lain atau penggunaan sebarang kaedah untuk menyalin atau mengedar sebarang kandungan dalam Perkhidmatan kecuali dengan kebenaran secara bertulis daripada Zynga.